NI BARU DIKATAKAN MAGIC.................

DAH ADA MOTO BESAR NAK LAGI BESAR KAN DAH DAPAT MOTO BAIK PUNYE....

STEADY SHAHRIL N HELMIE AKTOR DALAM FILEM INI

Kedah antara Kelab 150 Ke Atas Ranking Dunia?

Baru - baru ini International Federation of Football History & Statistics atau lebih dikenali sebagai IFFHS telah mengeluarkan ranking terbaru bagi semua pasukan bola sepak di dunia dan yang lebih mengejutkan pasukan negeri Kedah Darul Aman berada di ranking 146 , lebih tinggi dari Aston Villa atau Ajax Amsterdam dua gergasi Eropah. Ini mungkin disebabkan kecemerlangan pasukan bimbingan Azraai Khor Abdullah mendominasi Liga tempatan dan Antarabangsa. Ini adalah sesuatu yang membanggakan dan semoga Kedah akan lebih maju di masa hadapan. :) Untuk melihat ranking sepenuhnya sila lawati halaman websiteIFFHS di http://www.iffhs.de/

Budak maut, bapa dan adik parah disambar petir.... kat kg aku

PENDANG: Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun maut, manakala bapa dan adiknya parah apabila disambar petir ketika sedang menunggang motosikal pulang dari Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) di Kampung Batu Hampar, Pendang, dekat sini, petang ini. Mangsa yang mati dikenali sebagai Mohd Munir Abdul Kadir, 9, yang juga pelajar Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Pendang, manakala bapanya, Abdul Kadir Md Isa, 41, dan adik mangsa, Mohd Nazir, 4, cedera parah dalam kejadian pada kira-kira jam 5.30 petang itu. Abdul Kadir dikatakan mengalami kecederaan dari pinggang hingga ke kaki, manakala Mohd Munir dan adiknya di kepala dan badan.
Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjemput Mohd Munir pulang dari kelas Kafa dalam keadaan hujan lebat. Mohd Munir dikatakan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini. Dua beranak yang cedera itu kini dirawat di hospital sama

Iker Casillas menjadi hero Sepanyol menyelamatkan dua penalti, manakala Cesc Fabregas membawa kemenangan Sepanyol 4-2 dalam saingan suku akhir Kejohanan Euro 2008 dengan mengalahkan juara Piala Dunia 2006, Itali di Stadium Ernst Happel, awal pagi ini. Selepas terikat 0-0 pada 120 minit permainan, penjaga gawang Sepanyol itu menyinar dengan menyelamatkan sepakan penalti Daniele De Rossi dan Antonio Di Natale.

ITALI: Gianluigi Buffon, Gianluca Zambrotta, Christian Panucci, Fabio Grosso, Giorgio Chiellini, Simone Perrotta (Mauro Camoranesi, 58), Daniele De Rossi, Alberto Aquilani, Massimo Ambrosini, Luca Toni, Antonio Cassano (Antonio Di Natale, 75).
SEPANYOL: Iker Casillas, Sergio Ramos, Carles Puyol, Carlos Marchena, Joan Capdevila, Xavi Hernandez (Cesc Fabregas, 60), David Silva, Marcos Senna, Andres Iniesta (Santi Cazorla, 59), David Villa, Fernando Torres (Daniel Guiza, 85).


INGAT JUGA ISTERIKU KAT AKU......
ADA LA DIA BELI KEK KAT AKU.....
APAPUN SEMAKIN HARI SEMAKIN TUA UMUR KITA..
TQ PADA KWN2 YG WISH KAT AKU.......
BANYAKKAN IBADAT KITA KEPADA TUHAN YANG ESA....

Newer Posts Older Posts Home