TENSION KEJA



NI GAMBAR BARU AMBIK......
BARU BALIK KEJA.. KEJA BANYAK LAK TU
PTG TADI NAK MAIN KPL TERBANG TAK LEH SEMALAM BARU TERHEMPAS ATAS POKOK.
BODY JE ROSAK SIKIT...
NAK BALIK KG TAK DPT CUTI.. MINGGU DEPAN KOT. TAPI SEMUA ADIK BERADIK YANG LAIN DAH ABIS CUTI.
BANG DIN AJAK GI MEMANCING KAT KELANTAN........ TAPI AKU TAKUT MABUK LAUT KANG TAK PASAL DOK MUNTAH SEPANJANG ATAS BOT..
BINI AKU AJAK PI KENDURI TADI TAPI AKU TAK IKUT.... DIA MERAJUK SAMPAI SEKARANG.

tayar

brake disc

HUTANG! Ada masa berhutang memberikan kesenangan, malah keselesaan, tetapi ada ketika menyebabkan diri merana apabila tersilap langkah.Justeru, Rasulullah s.a.w selalu meminta perlindungan kepada Allah daripada terjerat dengan musibah hutang.
Dalam satu hadis diriwayatkan Abu Daud, baginda berdoa, maksudnya: “Wahai Tuhanku! Aku berlindung diri kepadamu dari terlanda hutang dan dalam kekuasaan orang lain.”Hutang mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah wang dan lain-lain yang dipinjam daripada orang lain.Mutakhir ini istilah hutang sudah jarang diungkapkan, sebaliknya pinjaman atau loan yang lebih kerap disebut, namun membawa maksud yang sama.Jika dulu hutang-piutangnya adalah ringkas, tetapi kini dengan bilangan penduduk yang semakin besar, urusan itu menjadi semakin kompleks, malah wujud pelbagai jenis hutang, sehingga kadangkala sukar bagi sesetengah pihak untuk memahaminya.Hari ini masyarakat baik di desa mahupun di kota tidak dapat mengelak daripada berhutang, sedikit atau banyak, seperti berhutang dengan bank, koperasi, majikan, peruncit, saudara mara, rakan atau dengan ceti haram.Segolongan berhutang kerana terpaksa bagi memenuhi keperluan asasi yang sangat mendesak seperti untuk mendapatkan makanan dan tempat berteduh, manakala segolongan pula untuk mengejar keseronokan.Gara-gara berhutang juga menyebabkan beban kewangan bertambah, malah semakin banyak dihutang semakin berat bebanannya, sehingga tidak tertanggung untuk membayar semula dan akibatnya membawa kepada pelbagai musibah.Ternyata berhutang ada baik dan buruknya. Kena cara ia membawa kebaikan, tetapi jika tidak seperti berhutang untuk berjudi dan berfoya-foya sudah pasti membawa keburukan.Sejauh mana Islam melihat permasalahan ini? Apakah orang Islam dibenarkan berhutang, sedangkan di sebalik kebaikannya, ada juga keburukan yang menanti?Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zaharuddin Abdul Rahman, berkata Islam mengharuskan umatnya berhutang hanya ketika benar-benar terdesak, bukan untuk perkara tambahan dalam kehidupan.Beliau berkata, berhutang sewenang-wenangnya dengan tujuan suka-suka kepada perkara yang tidak menjadi keperluan adalah dilarang.“Orang Islam sepatutnya tidak berhutang untuk benda tambahan atau sampingan seperti berhutang untuk mengubah suai kediaman,” katanya.Tidak salah untuk berhutang kerana tidak semua mempunyai kewangan yang stabil, malah ada yang terpaksa hidup mengharapkan belas ihsan orang lain, tetapi sebelum berhutang perlu berhati-hati, mengambil kira keperluan dan kemampuan membayar balik hutang.Jangan sampai disebabkan hutang membuatkan hidup tidak tenteram, asyik memikirkan hutang, sentiasa diburu pemberi hutang, sehingga bekerja pun untuk membayar hutang, membuatkan kenikmatan hidup mula pudar. Ini bertepatan juga dengan satu hadis diriwayatkan oleh Ahmad bermaksud: “Berhati-hati dengan hutang, sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari.”Zaharuddin berkata, pemberi hutang pula sepatutnya menggunakan konsep sama banyak dengan jumlah hutang, bukannya mengenakan wang faedah.“Jika pemberi hutang dapat menggunakan konsep sama banyak, ia adalah satu contoh yang sangat terpuji. Malah, nabi kata pemberi hutang akan dibalas hingga 18 kali ganda lebih besar daripada amalan sedekah dengan 10 kali ganda,” katanya.Ini bertepatan dengan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Daripada Abu Hurairah r.a, berkata seseorang; wahai Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda; memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya.”Katanya, seseorang berhutang wajib membayar balik (bagi yang berkemampuan) kerana ada hadis yang menyatakan mereka tidak berbuat demikian bila tiba waktunya dianggap orang yang zalim dan boleh dihukum. “Jika tidak bayar pelbagai sifat keji timbul, seperti sifat orang munafik, bila bercakap dia menipu, bila berjanji dia mungkiri, kerana untuk mengelakkan diri daripada membayar hutang,” katanya.Satu hadis berbunyi: “Sesiapa berhutang wang kepada orang lain dan berniat akan mengembalikannya, maka Allah akan luluskan niatnya itu, tetapi sesiapa mengambilnya dengan niat akan membinasakan (tidak membayar), Allah akan merosakkan dia.” (Riwayat Bukhari)Dalam Islam, konsep umum yang ditekankan ialah kesederhanaan. Sekiranya umat Islam mengamalkan konsep kesederhanaan dalam semua aspek kehidupan, termasuk ketika berbelanja, sudah tentu tidak berlaku kesempitan wang dan terhindar daripada hutang.Tetapi jika berbelanja boros, sesedap rasa, tidak setimpal dengan kemampuan kewangan sudah tentu terjerat dengan hutang. “Dan jangan kamu berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan.” (al-An’am: 141) Implikasi Amalan Berhutang:
1) Berhutang jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif seperti muflis disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.
2) Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam kancah resah gelisah dihantui oleh bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.
3) Seseorang yang terbeban dengan hutang akan memungkinkan ia melakukan pelbagai perkara dilarang syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.
4) Orang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya setelah meninggal dunia sehinggalah dilunaskan segala hutang piutangnya semasa hidup. Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya.”
5) Amalan berhutang tidak hanya membabitkan kehidupan dunia, malah berpanjangan ke Hari Akhirat. Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah di hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi.”
6) Mereka berhutang walau sebanyak manapun amalan kebaikan dilakukan, tidak akan selamat di dunia dan di akhirat sekalipun dia mati syahid. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Semua dosa-dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya.” (Riwayat Bukhari, Tirmidzi, An-Nasai' dan Ibn Majah)


AKU DAH LAMA TAK BALIK KG. DEKAT 6 BULAN. BILA PADI NAK AMBIK AKU BALIK LA. CARI IKAN TU PUN KALAU ADA LAGI DALAM BENDANG. EMAK DAH TAK LAGI, KALAU X DIA MESTI TEPON SURUH BALIK. NASIB BAIK KAKAK DAH TUKAR MENGAJAR KAT KAT KG. ADIK PUN DAH DAPAT KEJA KG. BOLEH LA JAGA AYAH.
GAMBAR NI DEKAT RUMAH AKU. ADA SUNGAI ADA BENDANG.
DULU BOLEH MENGAIL IKAN PUYU, HARUAN KENA TAHAN TAUT BARU DAPAT. MAIN WAU WAKTU PADI DAH AMBIK. CERITA PASAI MAIN WAU LG BEST. AKU TAU LA SIKIT2 BUAT WAU. TAPI WAU BIASA JE..... AKU NGAN ABG CIK AKU PENAH BELAJAR NAK BUAT WAU BULAN DARI ORG LAMA KAT KG. KAMI BUAT WAU MEMANG JADI. TP LEPAS IKAT TERAJU WAU, WAU TAK MAU NAIK.................. LAST SEKALI KENA CINCANG LA WAU TU. LEPAS TU KAMI BELI WAU BULAN.. GIAN PUNYA NAK MAIN KAMI BUBUH LAMPU LED KAT WAU...... LEPAS BAG WAU NAIK KAMI TAMBAT KAT BENDANG. LEPAS TU KAMI BALIK UMUH. TAK DAN NAK SAMPAI UMAH APA LAGI WAU DAH JATUH. AKU JUGA YANG KENA PI AMBIK WAU TU. ABANG AKU DAH MALAS.


KAMI SEKELUARGA MEMANG MINAT HIJAU KUNING.....
TAPI BINI AKU ORANG PERAK...
KAK IPAR ORANG PERAK JUGA... SORANG JE ORANG KELANTAN

ADA CERITE NAK DIKONGSI.
DULU WAKTU SEKOLAH MENENGAH.. AKU NGAN ABANG CIK AKU SELALU PI
TENGOK KEDAH LAWAN KAT STADIUM DARUL AMAN. KAMI PI NAIK BAS JAM 6.30 PETANG DARI PENDANG... LEPAS ABIS BOLA JAM 10.45 MLM KAMI KENA LARI DARI STADIUM SEBAB BAS PALING LEWAT JAM 11.00 MALAM. SEKALI TU LAMPU STADIUM TERPADAM WAKTU KEDAH LWN SELANGOR, GAMES TAK ABIS LAGI.. KAMI DAH KELAM KABUT SEBAB DEKAT PUKUL 11 DAH. NASIB BAIK DAN NAIK BAS. DAH LA DUIT CUKUP2 NAIK BAS SAJA KALAU TAK CONFIRM TIDUR KAT MASJID..........

CINTA ANTA & ANTI ("Sesungguhnya mukmin itu bersaudara") - al-Hujuraat; 10
"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" - HR al-Bukhari
Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan juga ia menerangkan tentang tanggungjawab seorang Muslim kepada saudaranya yang lain. Selain daripada kedua-dua ayat dah hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan seseorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan "ukhuwwah" yang bermakna "persaudaraan" seriang dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas yang bertunjangkan iman dan takwa ini. Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masing-masing menjadikan contoh teladan kepada generasi Muslim zaman moden. Inilah yang menjadi pengamalan anak-anak harakah Islamiah dan dakwah semenjak kebangkitan Islam di tahun 70'an lagi. Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas nama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan, itu semua adalah hasil daya usaha sama ada secara langsung atau tidak langsung, pendukung-pendukung gerakan Islam semenjak tiga dekad yang lalu. Di waktu yang sama, pemikiran barat sekular, liberalisasi dan juga budaya hendonisme pesat menular dan bersaing. Keindahan persaingan kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya yang baru di dalam fenomena kebangkitan Islam di Malaysia. Jika di awal kebangkitan Islam dahulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam dunia ini di waktu itu hanya dilihat sama ada berpihak kepada Islam ataupun Jahiliah.

MY NEW GADGET


PS1 DAH MAIN, PS2 DAH MAIN, PSP DAH MAIN, PS3 TAK ADA DUIT LAGI NAK BELI............


AKU NAK CITER PASAL GAMES

NI. DULU AKU BELI KAT ANAK BUAH AKU GAMES BOY.. LEPAS BAGI SEMINGGU TERUS HILANG. HANGIN AKU SATU BADAN. DIA DAH TAU AKU BELI PSP MINTA TUKAR DENGAN PS2 DIA. PADA HAL PS2 TU AKU YANG PUNYA. TAK PE LEPAS NI AKU BAGI JUGA KAT DIA SEBAB DIA DAH BERJAYA WAKIL HIJAU KUNING MAIN BOLA TAMPAR SEK RENDAH.

HOBI BARU AKU


LEPAS MAIN KAT BAWAH MAIN KAT ATAS PULAK.......

Newer Posts Home