NI BARU DIKATAKAN MAGIC.................
DAH ADA MOTO BESAR NAK LAGI BESAR KAN DAH DAPAT MOTO BAIK PUNYE....
STEADY SHAHRIL N HELMIE AKTOR DALAM FILEM INI
Kedah antara Kelab 150 Ke Atas Ranking Dunia?
Baru - baru ini International Federation of Football History & Statistics atau lebih dikenali sebagai IFFHS telah mengeluarkan ranking terbaru bagi semua pasukan bola sepak di dunia dan yang lebih mengejutkan pasukan negeri Kedah Darul Aman berada di ranking 146 , lebih tinggi dari Aston Villa atau Ajax Amsterdam dua gergasi Eropah. Ini mungkin disebabkan kecemerlangan pasukan bimbingan Azraai Khor Abdullah mendominasi Liga tempatan dan Antarabangsa. Ini adalah sesuatu yang membanggakan dan semoga Kedah akan lebih maju di masa hadapan. :) Untuk melihat ranking sepenuhnya sila lawati halaman websiteIFFHS di http://www.iffhs.de/
Budak maut, bapa dan adik parah disambar petir.... kat kg aku
PENDANG: Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun maut, manakala bapa dan adiknya parah apabila disambar petir ketika sedang menunggang motosikal pulang dari Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) di Kampung Batu Hampar, Pendang, dekat sini, petang ini. Mangsa yang mati dikenali sebagai Mohd Munir Abdul Kadir, 9, yang juga pelajar Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Pendang, manakala bapanya, Abdul Kadir Md Isa, 41, dan adik mangsa, Mohd Nazir, 4, cedera parah dalam kejadian pada kira-kira jam 5.30 petang itu. Abdul Kadir dikatakan mengalami kecederaan dari pinggang hingga ke kaki, manakala Mohd Munir dan adiknya di kepala dan badan.
Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjemput Mohd Munir pulang dari kelas Kafa dalam keadaan hujan lebat. Mohd Munir dikatakan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini. Dua beranak yang cedera itu kini dirawat di hospital sama
Iker Casillas menjadi hero Sepanyol menyelamatkan dua penalti, manakala Cesc Fabregas membawa kemenangan Sepanyol 4-2 dalam saingan suku akhir Kejohanan Euro 2008 dengan mengalahkan juara Piala Dunia 2006, Itali di Stadium Ernst Happel, awal pagi ini. Selepas terikat 0-0 pada 120 minit permainan, penjaga gawang Sepanyol itu menyinar dengan menyelamatkan sepakan penalti Daniele De Rossi dan Antonio Di Natale.
ITALI: Gianluigi Buffon, Gianluca Zambrotta, Christian Panucci, Fabio Grosso, Giorgio Chiellini, Simone Perrotta (Mauro Camoranesi, 58), Daniele De Rossi, Alberto Aquilani, Massimo Ambrosini, Luca Toni, Antonio Cassano (Antonio Di Natale, 75).
SEPANYOL: Iker Casillas, Sergio Ramos, Carles Puyol, Carlos Marchena, Joan Capdevila, Xavi Hernandez (Cesc Fabregas, 60), David Silva, Marcos Senna, Andres Iniesta (Santi Cazorla, 59), David Villa, Fernando Torres (Daniel Guiza, 85).
KALAU AKU SOKONG TEAM EURO SEMUA KALAH...
DEPA SEMUA KENA BELAJAR DENGAN KEDAH KOT...
LAWAN DENGAN RUSSIA PUN KALAH...
APA-APA PUN KEDAH JUARA PIALA FA 2008
Selepas berjaya merangkul kejuaraan Liga Super Mei lalu, Kedah terus merealisasikan impian untuk merangkul tiga kejuaraan kejohanan bola sepak utama negara.
Semalam menyaksikan Kedah membenam Selangor 3-2 untuk membawa kembali Piala FA ke negeri Jelapang Padi itu selepas berjaya memenanginya tahun lalu.
Walaupun beraksi dengan hanya 10 pemain ekoran Sabri Mat Abu dilayangkan kad merah, Sang Kenari terus unggul mempertahankan kejayaan sehingga wisel penamat dibunyi di hadapan 50,000 penonton dan juga Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.
KAN DAH KATA....
KEDAH JUARA PIALA FA.
SELANGOR NASIB BAIK JE SORANG PEMAIN KEDAH KENA KAD MERAH...
KALAU X 5-6 BIJI KOT..
YANG MAIN PULAK BUDAK2...
6 ORANG UMUR BWH 21 THN
BIAR JASA JADI KENANGAN
KEDAH MAJU 2010
PIIIRAH GERMAN.....
TUNGGU NETHERLANDS DI FINAL.....
Goalkeepers
1 Edwin van der Sar
13 Henk Timmer
16 Maarten Stekelenburg
Defenders
2 André Ooijer
3 John Heitinga
4 Joris Mathijsen
5 Giovanni van Bronckhorst
12 Mario Melchiot
14 Wilfred Bouma
15 Tim de Cler
21 Khalid Boulahrouz
Midfielders
6 Demy de Zeeuw
8 Orlando Engelaar
10 Wesley Sneijder
11 Arjen Robben
17 Nigel de Jong
20 Ibrahim Afellay
23 Rafael van der Vaart
Forwards
7 Robin van Persie
9 Ruud van Nestelrooy
18 Dirk Kuyt
19 Klaas Jan Huntelaar
22 Jan Vennegoor of Hesselink
Labels: BARISAN PEMAIN BELANDA
BASEL, Switzerland - Juara tiga kali Jerman menewaskan Portugal 3-2 pada perlawanan suku akhir bola sepak Kejohanan Eropah (Euro) 2008 awal pagi tadi.
Jerman akan menentang sama ada Croatia atau Turki di separuh akhir di Basel Selasa ini.
Pemain tengah Bastian Schweinsteiger menjaringkan gol pada minit ke-22 untuk meletakkan Jerman mendahulu 1-0.
Miroslav Klose menambah gol kedua pada minit ke-26 namun penyerang veteran Portugal Nuno Gomes menjaringan gol pada minit ke-40 untuk menjadikan kedudukan 2-1 buat Jerman.
Ketua pasukan Michael Ballack melebarkan kelebihan Jerman minit ke-61 untuk kedudukan 3-1.
Pemain gantian Portugal Helder Postiga menjaringkan gol kedua pasukannya pada minit ke-87.
AKU YANG KENA............. SILAP AMBIK PORTUGAL...
TAK PE MALAM ESOK KEDAH LAWAN PULAK..
GERMAN VS PORTUGAL
2.45PG NI
AKU MINTA GERMAN KALAH..........
PORTUGAL MESTI MENANG...........
ADA SORANG GF TU KATA GERMAN MENANG...
AKU BAGI TAHU GERMAN KALAH.......
DIA AJAK AKU BEATING....
KINI TENGOK SAPA YANG KENA...
Polis letupkan bom lama Sabtu, penduduk diarah kosongkan rumah
IPOH 19 Jun - Sebutir bom Perang Dunia Kedua terpaksa diletupkan di Sungai Pinji, Tambun dekat sini tempat ia ditemui seminggu lalu pada Sabtu ini, kerana sistem suisnya telah diaktifkan dan tidak boleh digerakkan atau dipindahkan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, ini kerana jika digerakkan kemungkinan besar bom itu meletup.
Ekoran itu, tegasnya, penduduk di empat kawasan dalam 500 meter radius lokasi bom itu ditemui akan diminta mengosongkan rumah mereka mulai pukul 8.30 pagi, Sabtu ini.
Katanya, kawasan terlibat ialah Taman Tambun, Taman Tambun Jaya, Kampung Baru Tambun dan Kampung Malay Rezab dan tindakan itu bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.
Penduduk terlibat, ujarnya, akan dipindahkan ke Masjid Tambun dan Kem Rejimen Askar Melayu Diraja di Tambun dengan perkhidmatan bas percuma disediakan.
DULU TAK MAU MELETUP............SEKARANG DAH SUSAH SEMUA ORANG... JEPUN NI PUN LAIN KALI AMBIK LE BAWA BALIK LEPAS ABIS PERANG.............
TAK SAMPAI 100 M DENGAN UMAH MAK MERTUA AKU..... BOM TU DIJUMPAI.
AKU KEJA HARI SABTU NIIIIIIIIIIIIIII
PASTU MALAM ADA TAKLIMAT PULAKKKKKKKKKKK
GILA APA......... TIAP-TIAP MINGGU ADA TAKLIMAT.....
DAH LA X DPT TGK LIVE KAT TV.....
BORING LA MCM NI.....
APA-APA PUN GOOD LUCK HIJAU KUNING...
....................................
....................................
....................................
....................................
....................................
....................................
PULUN KEDAH PULUN
APA NI PAHANG..... TIADA TENTANGAN LANSUNG..
GANU PUN SAMA....
LAIN KALI JGN BAGI SELANGOR MENANG...
CUBA LAGI TAHUN DEPAN...
FAM UBAH TEMPAT PERLAWANAN AKHIR...
LAWAN KAT STADIUM PERAK BARU FAIR...
KALAU KAT SHAH ALAM.... BAIK LAWAN KAT ALOR SETAR.
PULUN KEDAH PULUN
Piala FA: Kedah vs Selangor tentukan juara
Juara bertahan, Kedah akan bertemu Selangor pada perlawanan akhir Piala FA pada Sabtu ini selepas membenamkan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir, semalam.
Kedah yang menang 4-1 pada separuh akhir pertama di tempat sendiri 14 Jun lalu, meneruskan kecemerlangan dengan sekali lagi menewaskan Pahang 2-0 pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Darul Makmur.
Satu gol pada setiap babak menerusi Khyril Muhymeen Zambri (m-9) dan Badrol Bakhtiar (m-51) cukup memberi keselesaan buat Kedah untuk mara menerusi agregat 6-1.
Tidak banyak yang dapat dilakukan Pahang untuk mengurangkan defisit jaringan gol walaupun beraksi di tempat sendiri.
Sementara itu dalam satu lagi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Selangor hanya mampu seri 1-1 dengan pasukan tuan rumah.
Bagaimanapun itu sudah cukup untuk melayakkan mereka ke perlawanan akhir hasil kejayaan menewaskan Terengganu 2-1 di tempat sendiri minggu lalu.
Selangor yang mara dengan agregat 3-2 lebih dulu membuka jaringan menerusi R. Surendran (m-48) sebelum Terengganu menyamakan kedudukan menerusi Mat Ashaari Shamsuddin (m-69).
Perlawanan akhir antara Kedah dan Selangor akan dilangsungkan di Stadium Shah Alam, Sabtu ini pada pukul 8.45 malam.
KAN DAH CAKAP.............
PAHANG MESTI KENA PUNYA..
NASIB BAIK 4-1...
TU PUN PEMAIN MUDA YANG MAIN....
KALAU YANG OTAI MAIN TAK 10-11 BIJI PAHANG KENA...
TAHNIAH KEDAH....
SELANGOR PUN NASIB BAIK JE MENANG SEBIJIK......
KEDAH MAHU JUMPA GANU SEBAB NAK BALAS DENDAM SEPARUH AKHIR SUKMA KEDAH KALAH...
NANTI KEDAH AKAN BAYAR HUTANG KEKALAHAN TERSEBUT DI STADIUM BUKIT JALIL..
UNTUK ORANG GANU DATANGLAH MELIHAT KEKALAHAN ANDA NANTIIIIIIIIIIIIIIII....
KEDAH MESTI BELASAH GANU KITE....
PIALA FA MALAYSIA SAMBUNG SEMULA.................
KEDAH LAWAN PAHANG..... TUNGGU KITA TENGOK PAHANG KENA BERAPA.
PENYOKONG KEDAH JANGAN LUPA PI STADIUM DARUL AMAN..
JAGAN BAGI PENYOKONG PAHANG DAPAT MASUK... BELI TIKET AWAL2.
TAPI ADA SIARAN LANSUNG KAT TV1 MALAM NANTI.............. KALAU TAK ADA TIKET TENGOK JE KAT TV....
'PULUN KEDAH PULUN"
14/06/2008 - SABTU
Kedah vs Pahang Stadium Darul Aman, A.Setar (08:45 pm)
Selangor vs Terengganu Stadium Shah Alam(08:45 pm)
Labels: KEDAH
ISTIMEWA UNTUK BAPA
Apakah agaknya hadiah yang anda akan berikan kepada bapa anda sempena Hari Bapa ini. Jika pada sambutan Hari Ibu Mei lalu anda memberikan ibu sebentuk cincin emas bertatah permata, mengapa tidak anda memberikan bapa juga sebentuk cincin yang bertatah permata bernilai.
Pasti hatinya terharu kerana mendapat pemberian yang begitu bernilai daripada anakanda yang dikasihi.
Ramai mengakui pemilihan hadiah untuk bapa adalah lebih rumit kerana bapa biasanya lebih bersifat praktikal………………….Sama – sama kita beri hadiah pada bapa kita……
Labels: BERILAH HADIAH PADA BAPA KITA
3 FAKTOR PEROSAK MANUSIA
SEMUA ORANG GEMAR KEPADA PERKARA YANG BAIK DAN ME LAKUKAN KEBAIKAN KERANA IA MEMBAWA KEBAHAGIAAN, KE SEJAHTERAAN DAN KEHARMONIAN.
GOLONGAN SEPERTI PEROMPAK ATAU PENYAMUN JUGA TIDAK SUKA HARTA BENDANYA DICURI DAN DIGANGGU, WALAUPUN MEREKA MENGGANGGU DAN MENCEROBOH KEHIDUPAN ORANG LAIN.
KEBURUKAN BERLAKU DALAM MASYARAKAT DISEBABKAN BEBERAPA FAKTOR SEPERTI TIDAK MENGHIRAUKAN LARANGAN ALLAH. BEGITU JUGA KEHARMONIAN BOLEH DIGAPAI APABILA KITA MENURUTI PETUNJUK ALLAH YANG MAHA KUASA.
MENGHINDARI LEBIH BAIK DARIPADA MENCEGAH. KALI INI KITA BERMUHASABAH UNTUK MENGHINDARI FAKTOR PEROSAK.
SAIDINA UMAR BERKATA: “SEKIRANYA KAMU INGIN MENGHINDARI KEBURUKAN, KAMU MESTI MENGETAHUI KEJAHATAN ITU SUPAYA SENANG KAMU MENGHINDARINYA.”
SABDA RASULULLAH S.A.W YANG BERMAKSUD: “ADA TIGA PERKARA MEROSAKKAN, HAWA NAFSU YANG DITURUTI, KEDEKUT YANG DITAATI DAN KEKAGUMAN PADA DIRI SENDIRI.”
PERTAMA, HAWA NAFSU BUKAN DIBUNUH TETAPI DIDIDIK. INI KERANA NAFSU DUNIA MENJADI INDAH, SEBAB ITU DUNIA DI BANGUNKAN, RASA CINTA KEPADA HARTA, TAKHTA DAN WANITA MENGINDAHKAN KEHIDUPAN SELAMA MANA DALAM BATAS YANG
DIBENARKAN. IKUT NAFSU LESU, IKUT HATI MATI, IKUT RASA BINASA.
REMAJA YANG TENGGELAM DALAM HAWA NAFSUNYA LEMAS DALAM LILITANNYA. CINTA TANPA BATASAN, PERGAULAN BEBAS, MAHU SENANG TANPA USAHA, BERHIBUR TANPA BATASAN DAN AKHIRNYA NAFSU MENJADI TUHAN, BERKIBLATKAN PERASAAN SERTA
TIADA LAGI BATASAN.
PADA MASA ITU PEKAK TELINGANYA, BUTA MATANYA DAN AKHIR SEKALI TERKUNCI HATINYA. ALLAH SUDAH MENGINGATKAN UMATNYA DALAM FIRMAN-NYA YANG BERMAKSUD:
“PERNAHKAH KAMU MELIHAT ORANG YANG MENJADIKAN HAWA NAFSUNYA SEBAGAI TUHAN. ALLAH MEMBIARKAN MEREKA SESAT DALAM KEADAAN BERILMU LALU ALLAH MENGUNCI MATI PENDENGARAN DAN HATINYA.”
INI YANG DIBIMBANGKAN TERHADAP SEBILANGAN REMAJA KITA, BELAJAR DI UNIVERSITI, ILMU BANYAK, IJAZAH TINGGI, JAWATAN SERTA GAJI LUMAYAN TETAPI MENJADI ‘PAK TURUT’ KEPADA HAWA NAFSU JAHAT.
KEBANYAKAN MEREKA DITANGKAP KERANA RASUAH, PECAH AMA NAH, MEROGOL, SEKS BEBAS, BUANG BAYI DAN PELBAGAI KESALAHAN JENAYAH.
TIDAK DINAFIKAN JUGA ADA JENAYAH DILAKUKAN MEREKA YANG BERPELAJARAN. HAKIKATNYA, JIKA KITA INGIN MENJADI INSAN YANG BAIK, BUKAN HANYA PERLU KEPADA ILMU DAN SEGULUNG IJAZAH TETAPI LEBIH PENTING IALAH BUNGKUSAN AZIMAT IMAN UNTUK MENGEKANG KEMAHUAN NAFSU MENGGILA.
SUBJEK PEMBELAJARAN SEPATUTNYA DITEKANKAN UNTUK ME NGENDALIKAN HAWA NAFSU. REMAJA SEPATUTNYA BUKAN HANYA MEMBURU KECERDIKAN TETAPI KEBAIKAN.
KEDUA, SIFAT YANG MEROSAK IALAH KEDEKUT. TERLALU CINTAKAN HARTA HINGGA TIDAK MENGELUARKAN ZAKAT. TIDAK TERPANGGIL MEMBANTU SESAMA MUSLIM DALAM BIDANG EKONOMI JUGA DIPANGGIL KEDEKUT. SAMA ADA MENYOKONG MEREKA DENGAN
MEMBELI PRODUK ATAU DENGAN TIDAK MENJATUHKANNYA.
ADA SESETENGAH REMAJA MENGHAMBUR DUIT DI TEMPAT PER JUDIAN, UNTUK MINUMAN KERAS DAN MELAYAN TEMAN WANITA YANG LUAR BIASA IDAMAN KEBENDAANNYA. MALANGNYA DERMA ANAK YATIM TIDAK DIPANDANG, TABUNG MASJID YANG DISEDIAKAN DIBIARKAN. KEDEKUT BUKAN TERBATAS KEPADA DUIT SAJA TETAPI MERANGKUMI KEDEKUT IDEA, PENDAPAT, KEDEKUT NOTA KULIAH, RESIPI DAN TENAGA.
PROGRAM KEBAIKAN DAN BERMANFAAT DI KAMPUS DAN SURAU SERTA MASJID KADANG-KADANG TIDAK MENDAPAT SOKONGAN MEM BERANGSANGKAN DI KALANGAN REMAJA. TETAPI JIKA KONSERT DAN HIBURAN, TANPA DIJEMPUT SANGGUP MELAKUKAN APA
SAJA UNTUK MENIKMATINYA.
PEMUDA YANG MEWARISI NEGARA PERLU BELAJAR MENJADI PE MURAH, SUKA MEMBANTU, RINGAN TANGAN DAN PENYOKONG SETIA KEBAIKAN.
KETIGA, SIFAT MEMBANGGAKAN DIRI. IA MEROSAK DIRI, KELUARGA DAN MASYARAKAT. ORANG YANG BANGGA DIRI BIASANYA BERASA ADA KELEBIHAN LUAR BIASA PADA DIRINYA YANG TIDAK MAMPU DI TANDINGI ORANG LAIN.
MEREKA YANG TERKENA PENYAKIT BEGINI BIASANYA MUDAH MEMPERKECILKAN KEBOLEHAN ORANG LAIN. APABILA MELAKUKAN KESALAHAN SUKAR UNTUK DIRI MENGAKUINYA, JARINYA MUDAH MENUDUH DAN MENUDING ORANG LAIN. FITNAH TERKUTUK SANGGUP DILAKUKAN DEMI UNTUK MENJAGA NAMA BAIK DIRINYA YANG SEBENARNYA MEMANG JELEK.
Labels: 3 FAKTOR PEROSAK MANUSIA
INI KALI PERTAMA AKU TOLONG BAWA BUNGA MANGGAR............. TU PUN MAK SAUDARA YANG SURUHHHHH.. VIDEO NI BINI AKU YANG RAKAM.. VIDEO GAMBAR PAKLANG SILAT TAK DAPAT UPLOAD...
BUDAK2 YANG MAIN KOMPANG... TAPI WAYANG JE...
semenjak 2 menjak ni ak dah jadi famili man.......pak su aku pulak kahwin 2 hari aku pi kenduri.. semalam kat rumah pengantin pompuan di seremban. tadi kenduri di bdr tun razak..... tak pernah bawa bunga manggar.. kena bawa juga mak cik yg suruh.... esok aku upload video paklang silat....
video kat rumah kenduri di seremban............
budak2 je yang main kompang..
Harga baru petrol dan diesel berkuatkuasa tengah malam ini 05/06/08 @ 0001 hrs
PUTRAJAYA: Berkuatkuasa tengah malam ini harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, umum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Perdana Menteri berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.
Bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, Abdullah berkata bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal .
"Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.
"Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan," katanya.
Perdana Menteri berkata, bayaran tunai ini akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor iaitu cukai jalan.
Katanya, bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.
Perdana Menteri juga berkata bayaran tunai ini akan diberikan secara kiriman wang di pejabat pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.
Kenaikan terakhir kerajaan ialah pada 28 Feb 2006 melibatkan kenaikan 30 sen bagi seliter petrol kepada RM1.92 seliter. - Bernama
Labels: MINYAK MAHAL HOOOOOOOO
SEBELUM AKU MAIN KETA DALAM JAM 10.45 MLM AKU CALL ZAIDI SURUH DIA TEMAN AKU MAIN KETA....... DIA CAKAP DALAM PUKUL 11 MLM DIA TURUN. PASTU ZAIDI SAMPAI KAT BAWAH UMAH AKU ........... AKU TURUN RUMAH IKUT LIF............ APABILA SAMPAI BAWAH AKU TENGOK KETA ZAIDI ADA DAN NAMPAK ZAIDI NGAN AWEK DIA DALAM KETA.... AKU PUN TUNJUK JARI SURUH DIA PI... DEPAN YTEMPAT PARKING BAWAH UMAH AKU...
BILA SAMPAI BINI AKU TURUN IKUT TANGGA DAN ZAIDI BERHENTI KETA DIA KAT TANGGA TU..
AKU CAKAP KAT BINI AKU TENGOK SIAPA YANG ADA DLM KETA ZAIDI.... BINI AKU CAKAP ZAIDI SORANG SAJA..... BILA ZAIDI KELUAR KETA MEMANG ZAIDI SORANG SAJA YANG ADA DALAM KETA TADI........................................ AKU PUN BAGI TAU DIA YANG AKU NAMPAK AWEK DIA TADI SEMASA AKU TURUN.................................... BULU ROMA AKU TERUS NAIK BILA ZAIDI CAKAP AWEK DIA TAK ADA......
SEMASA AKU MAIN KETA AKU MUNTAH........... TAK TAU LA SEBAB APA... MUNGKIN TAK SIHAT KOT....
(AKU MEMANG NAMPAK AWEK ZAIDI DALAM KETA..... APA YANG AKU NAMPAK SEBENARNYA)
LEPAS MAIN KETA ZAIDI PI KEJA.... AKU CALL DIA .... CITER YANG TADI DAN ZAIDI BG TAU SMLM JAM 3.00 PG ADA ORANG KETUK RUMAH DIA TP SEBENARNYA TAK ADA ORANG... ZAIDI APA LAGI KELUAR RUMAH LA.....
Labels: HANTU KACAU
Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)
Bahan-bahan:
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)
NOTE:
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.
Cara memasak:
1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
Labels: RESEPI
mlm tadi aku main keta.... bini aku datang tgk. depan tu umah aku la...
video tak clear sbb ambik ngan hp..
esok kalu sempat aku ambik video waktu siang.....
sebelum tu aku dah main helicopter ngan zaidi... main waktu malam zaidi langgar pokok.. pastu apa lagi patah la sayap heli dia....