Budak maut, bapa dan adik parah disambar petir.... kat kg aku

PENDANG: Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun maut, manakala bapa dan adiknya parah apabila disambar petir ketika sedang menunggang motosikal pulang dari Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) di Kampung Batu Hampar, Pendang, dekat sini, petang ini. Mangsa yang mati dikenali sebagai Mohd Munir Abdul Kadir, 9, yang juga pelajar Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Pendang, manakala bapanya, Abdul Kadir Md Isa, 41, dan adik mangsa, Mohd Nazir, 4, cedera parah dalam kejadian pada kira-kira jam 5.30 petang itu. Abdul Kadir dikatakan mengalami kecederaan dari pinggang hingga ke kaki, manakala Mohd Munir dan adiknya di kepala dan badan.
Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjemput Mohd Munir pulang dari kelas Kafa dalam keadaan hujan lebat. Mohd Munir dikatakan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini. Dua beranak yang cedera itu kini dirawat di hospital sama

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds.