Polis letupkan bom lama Sabtu, penduduk diarah kosongkan rumah

IPOH 19 Jun - Sebutir bom Perang Dunia Kedua terpaksa diletupkan di Sungai Pinji, Tambun dekat sini tempat ia ditemui seminggu lalu pada Sabtu ini, kerana sistem suisnya telah diaktifkan dan tidak boleh digerakkan atau dipindahkan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, ini kerana jika digerakkan kemungkinan besar bom itu meletup.
Ekoran itu, tegasnya, penduduk di empat kawasan dalam 500 meter radius lokasi bom itu ditemui akan diminta mengosongkan rumah mereka mulai pukul 8.30 pagi, Sabtu ini.
Katanya, kawasan terlibat ialah Taman Tambun, Taman Tambun Jaya, Kampung Baru Tambun dan Kampung Malay Rezab dan tindakan itu bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.
Penduduk terlibat, ujarnya, akan dipindahkan ke Masjid Tambun dan Kem Rejimen Askar Melayu Diraja di Tambun dengan perkhidmatan bas percuma disediakan.

DULU TAK MAU MELETUP............SEKARANG DAH SUSAH SEMUA ORANG... JEPUN NI PUN LAIN KALI AMBIK LE BAWA BALIK LEPAS ABIS PERANG.............
TAK SAMPAI 100 M DENGAN UMAH MAK MERTUA AKU..... BOM TU DIJUMPAI.

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds.