KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Kedah yang bermain dengan berat hati kerana menangisi pemergian Datuk Ahmad Basri Akil ke Rahmatullah masih mampu mencipta kemenangan dalam saingan Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, semalam.Dikejutkan dengan kematian tokoh bola sepak terkemuka negeri itu yang meninggal dunia pada pukul 2.30 petang, Kedah terpaksa mematuhi jadual yang telah diatur sebelum menang 5-1 ke atas Sabah.
Gol-gol Kedah dijaringkan Marlon James (m-7, 34), Cornelius Huggins (m-10) dan Fadly Baharom m-43, 45) manakala gol tunggal Sabah dijaringkan David Njoku (m-26).
Kemenangan itu membolehkan Kedah mencerahkan peluang ke suku akhir dalam usaha mereka untuk meraih kejuaraan ketiga musim ini selepas kejayaan menjuarai Piala FA dan juara Liga Super.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) kekal sebagai pendahulu Kumpulan B tetapi memiliki 15 mata sama dengan Kedah selepas sekadar mampu seri 0-0 dengan Kuala Lumpur di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home