TERSALAH SAMUN......

SERI KEMBANGAN - KOSMO 05/07/08

Tindakan dua lelaki bersenjata parang untuk merompak sebuah salon di Jalan SP 2/2, Serdang Perdana berhampiran pusat membeli-belah South City Plaza di sini membawa padah apabila salah seorang daripada suspek itu cedera ditembak.
Dalam kejadian pukul 4.45 petang, kedua-dua suspek terbabit tidak menyangka salah seorang pelanggan di dalam salon itu adalah seorang anggota polis.
Jurucakap polis berkata, kedua-dua suspek yang menyerbu masuk ke premis tersebut terus menuju ke arah anggota polis berkenaan yang menunggu giliran untuk menggunting rambut.
"Salah seorang suspek terus merampas telefon bimbit dan dompet milik anggota polis yang mengandungi wang RM400,'' kata beliau.
Dalam masa sama, menurut beliau, seorang lagi suspek menyamun seorang lagi pelanggan sebelum dia menuju ke kaunter salon berkenaan.
"Melihat tindakan dua lelaki itu, anggota polis yang berpakaian preman dari balai Seri Kembangan itu kemudian memperkenalkan diri sebagai polis tetapi tidak diendahkan.
"Sebaliknya, kedua-dua suspek cuba menyerang anggota berkenaan menyebabkan anggota polis tersebut melepaskan tiga das tembakan,'' kata beliau.

ITULAH BENGONGNYA SEORANG PENYAMUN, NAK SAMUN TAK PILIH ORANG.... SAMUN POLIS... KAN DAH KENA TEMBAK... NASIB TAK MATI.... TAHNIAH POLIS.... POLIS YANG KENA SAMUN TU MY FRIEND

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home